APRIL

(1) Kuiz Mencari Perkataan Bagi Pelajar Tahun 4

TARIKH 22 APRIL 2018
MASA 9:30AM - 11:30AM
LOKASI BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET
PESERTA 9 ORANG

TUJUAN

Untuk melihat kecekapan dan kemahiran para pelajar mencari perkataan yang tersembunyi di dalam kertas soalan.

AKTIVITI

Pelajar tahun 4 telah diberi kertas soalan kuiz mencari perkataan tersembunyi. Mereka diminta menjawap soalan tersebut selama 1 jam 30 minit. Ianya bertujuan untuk menguji tahap kecekapan dan kemahiran pelajar untuk menjawap kuiz tersebut.

(2) Kuiz Menaip Petikan “ Klik Dengan Bijak” Didalam Komputer Menggunakan Microsoft Word.

TARIKH  28 APRIL 2018
MASA 4:00PM - 6:00PM
LOKASI BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET
PESERTA 9 ORANG

TUJUAN

Untuk melihat kemahiran para pelajar tahun 5 dalam menaip menggunakan komputer didalam Microsoft Word.

AKTIVITI

Para pelajar diberi kuiz cara menaip teks “ Klik Dengan Bijak” menggunakan Microsoft Word. Ia juga menguji tahap kecekapan pelajar untuk menaip didalam komputer.Pelajar diberi masa selama 1jam 30 minit untuk menaip.

MAC

Kelas ICT Online – Menjawab soalan kuiz menggunakan Quizizz.com Bagi Pelajar Tahun 5

TARIKH   18 MAC 2018
MASA      4:00PM - 6:00PM
LOKASI    BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET
PESERTA 8 ORANG

TUJUAN

Selain daripada menjawap kuiz menggunakan kertas soalan, pelajar juga di dedahkan untuk menjawap soalan kuiz di dalam  komputer dengan melayari laman web Quizizz.com yang mempunyai pelbagai soalan kuiz dalam setiap subjek yang mereka ambil.

AKTIVITI

Memperkenalkan 1 laman web didalam internet untuk menjawap soalan kuiz mengikut subjek yang diajar.

 

FEB

Program Bersama Pelajar SRITI Darul Ansar

TARIKH    : 9 FEB 2018
MASA       : 9.00 am - 12.00 pm
LOKASI    : Sekolah SRITI Darul Ansar
PESERTA  : 31 Orang

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada para pelajar Sekolah SRITI Darul Ansar mengenai penggunaan komputer serta ICT.

AKTIVITI

Pelajar diberi taklimat dan penerangan mengenai Klik Dengan Bijak serta penggunaan komputer dan peralatan-peralatan yang terdapat pada komputer.Pelajar juga didedahkan kepada mewarna secara offline menggunakan komputer.

JAN

Kelas ICT Typing Test Bagi Pelajar Sekolah Rendah

TARIKH   : 6 jan 2018
MASA       : 10.00 am - 12.00 pm
LOKASI    : Bilik Latihan Pusat Internet
PESERTA  : 8 Orang

Tujuan

Pengenalan kepada komputer untuk pelajar sekolah rendah tahun 3, ia bertujuan mengajar mereka cara yang betul menaip menggunakan papan kekunci.

Aktiviti

Mengajar pelajar cara untuk menaip menggunakan Typing Test bagi memahirkan para pelajar menggunakan komputer. Pelajar diminta untuk menaip perkataan yang dipaparkan di dalam skin komputer. Ini dapat mengajar pelajar cara yang betul menaip menggunakan papan kekunci.