Kelas Latihan ICT Microsoft Word

TARIKH   : 20 Oktober 2017

MASA      : 3:00pm-5:00pm

LOKASI   : Bilik Latihan Pusat Internet 

PESERTA : 6 Orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar komuniti setempat yang berada berdekatan dengan Pusat Internet .Kami telah membuat kelas untuk  pelajar sekolah rendah tahun 4 bagi kelas Latihan Microsoft Word. Kelas ini bertujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih mahir menggunakan komputer untuk menaip teks, surat-surat, dan sebagainya. 

Aktiviti

Pelajar sekolah diberikan 1 teks untuk mereka menaip di dalam Microsoft Word. Pelajar di minta untuk mengubah saiz tulisan, jenis tulisan dan sebagainya mengikut arahan yang telah diberikan.Pelajar boleh membuat mengikut kretiviti yang mereka suka.