Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mempateh terletak 2.4 km daripada pekan lanchang ia juga berdekatan dengan Tol Lanchang. Ia terletak di Mukim Semantan Daerah Temerloh. YB DATO SRI HJ MOHD SHARKAR BIN HJ SHAMSUDIN merupakan  Dun Kawasan Lanchang.Disini terdapat 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah,Sekolah Kebangsaan Dato Bahaman serta Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua serta Sekolah Kebangsaan Lanchang.Terdapat sebuah klinik berdekatan dengan pekan lanchang untuk memudahkan kami menerima rawatan.

Kampung mempateh juga mempunyai 6 buah kampung yang berdekatan dengannya,iaitu Kampung Paya Laman,Kampung Teris,Kampung Jergoh,Kampung Tedong,Kampung Lubuk Kawah dan Kampung Cempaka.Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Mempateh juga turut berkongsi bangunan yang sama dengan Pejabat Penghulu Mukim Semantan 1.ia merupakan lokasi yang strategik yang mudah dicari dan juga menjadi tempat tumpuan orang ramai kerana kawasannya berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit serta bangunannya berada di tepi jalan besar.