Nama Kampung Mempateh berasal dari sebutan loghat Minangkabau yang bererti "Maman Putih".Kononnya Kawasan Kampung ini dipenuhi oleh tumbuhan Maman Putih.Sehubungan itu,Pedagang-Pedagang yang terdiri daripada orang Minangkabau menyebut kawasan ini dengan Mempateh.Kampung ini dikenali sebagai juga Lubuk Terua pada zaman penentangan Inggeris dan merupakan kubu kuat Dato' Bahaman.

Pada suatu masa dahulu,Sungai Semantan merupakan sistem perhubungan utama Pedagang-Pedagang untuk urusan Perdagangan diantara Pahang dengan Selangor dan Negeri Sembilan serta Melaka.Kawasan kampung ini  menjadi tempat Persinggahan oleh orang-orang Siam ketika itu dikawasan ini.