DEERLAND

Deerland adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi. Pelbagai jenis Flora dan Fauna boleh dinikmati di sini.Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En Abdullah Ahmad Bin Mahmud.Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini.Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996.Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan Negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan.Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus.Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya.Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan)."NATURE BACK TO THE NATURE".

 

 

KUALA GANDAH

Menariknya Kuala Gandah ini, pengguna berpeluang untuk mandikan Gajah bermula daripada pukul 2 petang.

Lokasi : 49.1 km dari Temerloh

            2 jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur-Kuantan

Waktu : 8:00 pagi-4:30 petang ( termasuk cuti umum dibuka )